Laporan Elektronik – TCO Certified Dedahkan Kedua-dua Peningkatan dan Cabaran Keadaan Kerja Kilang

You are here:/Laporan Elektronik – TCO Certified Dedahkan Kedua-dua Peningkatan dan Cabaran Keadaan Kerja Kilang

Laporan Elektronik – TCO Certified Dedahkan Kedua-dua Peningkatan dan Cabaran Keadaan Kerja Kilang

Dalam satu laporan baharu, pensijilan produk IT, TCO Certified mendedahkan kedua-dua aspek-aspek kemajuan dan cabaran berterusan bagi keadaan pengilangan dalam industri elektronik.

Laporan ini, Impacts and Insights, menilai kesan kriteria baharu bagi tahun 2016 yang bertujuan untuk meluaskan skop tanggungjawab pemilik jenama berhubung keadaan kerja rantaian bekalan, inisiatif mineral konflik dan kemasukan bahan-bahan kimia yang lebih selamat. Generasi semasa TCO Certified, yang dilancarkan pada November 2015, meletakkan tanggungjawab keseluruhan yang lebih besar untuk pematuhan produk dan kilang terhadap pemilik jenama.

Kajian kes melibatkan 16 pemilik jenama menunjukkan keadaan kerja yang bertambah baik di kilang-kilang yang mengeluarkan produk-produk disahkan berbanding pada tahun 2013. Penambahbaikan dilihat dalam isu-isu seperti diskriminasi dan kebebasan berpersatuan.

Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif TCO Development mengulas: “Kami amat berbesar hati dapat melihat peningkatan ini dalam isu-isu penting seperti diskriminasi dan buruh paksa di kilang-kilang yang mengeluarkan produk-produk yang disahkan. Walau bagaimanapun, satu isu yang terus timbul ialah kerja lebih masa yang berlebihan. Walaupun kita melihat terdapat peningkatan pada tahun 2016, jelas sekali terdapat isu yang menuntut perhatian kita secara berterusan di masa depan. ”

Rantaian bekalan barangan elektronik adalah amat rumit. “Pemilik jenama mempunyai kedudukan terbaik untuk menggalas seluruh tanggungjawab terhadap kemampanan sosial dan alam sekitar, serta susulan kajian daripada TCO Development menunjukkan kesan positifnya apabila mereka dipertanggungjawabkan terhadap hal ini,” kata Bjorn-Erik Lonn, Pengerusi Global Ecolabelling Network, GEN.

Generasi baharu juga mempunyai anjakan paradigma berhubung penggunaan bahan-bahan kimia berbahaya dalam produk-produk IT. Kesan kebanyakan bahan-bahan kimia yang digunakan masa kini terhadap kesihatan dan alam sekitar masih belum diketahui. Bagi menyediakan penyelesaian untuk perkara ini, TCO Certified kini hanya menerima perencat api yang diperakui secara bebas sebagai alternatif yang lebih selamat.

Kedua-dua pihak pembeli dan industri IT memanfaatkan TCO Certified bagi membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab. Enholm menambah: “Para pembeli mempunyai alasan tersendiri dan pemilik jenama sedia maklum tentangnya. Dengan meminta produk-produk TCO Certified, pembeli memberi maklumat yang jelas kepada industri mengenai kepentingan tanggungjawab sosial dan juga alam sekitar.”

Lonn menyimpulkan: “Antara ahli-ahli ekolabel GEN kami, TCO Certified ialah pelopor bagi pensijilan barangan elektronik.”

Baca lebih lanjut dan muat turun laporan

Latar Belakang TCO Certified 

TCO Certified ialah pensijilan kemampanan untuk produk-produk IT, yang membantu organisasi-organisasi seluruh dunia membuat pilihan produk secara bertanggungjawab. Selama 25 tahun kami telah menyediakan penyelesaian untuk mengurangkan risiko dan menangani cabaran kemampanan yang berkaitan dengan barangan elektronik. TCO Certified merangkumi kriteria kitar hayat berhubung tanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial. Pengesahan bebas untuk produk, kilang dan pematuhan pemilik jenama, sebelum dan selepas menerima pensijilan turut disertakan.

Latar Belakang GEN

Global Ecolabelling Network, GEN ialah sebuah persatuan organisasi eko pelabelan bukan berasaskan keuntungan terkemuka, selaras dengan ISO 14024 Jenis 1 Ekolabel. GEN diasaskan pada tahun 1994 dan mempunyai jaringan dengan lebih 30 ahli, berada merentasi 60 negara.

Contacts

Europe / Asia – Gabriella Mellstrand
gabriella.mellstrand@tcodevelopment.com
+46706358351

Americas – Clare Hobby
clare.hobby@tcodevelopment.com
+13108018769

2017-03-06T09:58:57+00:00 28 February, 2017|Categories: Pressrelease|